Tuan Pengetua mewakili seluruh warga SMK Iskandar Shah menyampaikan sumbangan kepada ibu bapa Low Wei Ming yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di pejabatnya.
19 February 2012
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN
Tuan Pengetua SMK Iskandar Shah sedang berbincang dengan ibu bapa pelajar Tingkatan 5 Amanah, Low Wei Ming yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuh raya Utara- Selatan berhampiran Nilai, Negeri Sembilan pada 1 Januari 2012.
Tuan Pengetua mewakili seluruh warga SMK Iskandar Shah menyampaikan sumbangan kepada ibu bapa Low Wei Ming yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di pejabatnya.
Tuan Pengetua mewakili seluruh warga SMK Iskandar Shah menyampaikan sumbangan kepada ibu bapa Low Wei Ming yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di pejabatnya.
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN
Tuan Pengetua SMK Iskandar Shah, Tuan Hj. Zolkaply bin Yunus mewakili warga sekolah menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Zafran bin Zainuddin di rumahnya di Kampung Air Baruk, Jasin,Melaka. Allahyarham Zafran telah meninggal dunia pada 4 Februari 2012 akibat kemalangan jalan raya. Nenek Allahyarham, Pn. Maimunah binti Tompang menerima sumbangan warga sekolah bagi pihak ibu Allahyarham.
Seluruh warga sekolah mendoakan agar roh Allahyarham dirahmati Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Seluruh warga sekolah mendoakan agar roh Allahyarham dirahmati Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN
GPK Hal Ehwal Murid, SMK Iskandar Shah mewakili seluruh warga sekolah menyerahkan sumbangan wang daripada Tabung Kebajikan Pelajar kepada En. Zaharuddin bin Hj Nordin (bapa Nur Izzah Atirah - Tingkatan 1 Mutiara). Majlis penyerahan sumbangan telah diadakan pada 26 Januari 2012.
Nur Izzah Atirah akan menjalani pembedahan tulang belakang pada 31 Januari 2012. Seluruh warga sekolah mendoakan agar Nur Izzah berada dalam kesihatan yang baik dan dapat meneruskan pembelajarannya di sekolah setelah sembuh kelak.

Subscribe to:
Posts (Atom)